Tentang kami

PENUBUHAN

KUMEGA ditubuhkan di atas nama PERTUBUHAN BANGSA GAGAH BERSATU MALAYSIA pada 23 November 2012.  Nombor pendaftaran ROS: PPM-010-08-23112012

Matlamat KUMEGA:
Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat
Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan
Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan
Keterangan Logo KUMEGA:
Warna Hijau – mewakili Kaum Melayu
Warna Merah – mewakili Kaum Cina
Warna Ungu – mewakili Kaum India
Warna Kuning – mewakili Kaum Pribumi dan Orang Asli
Bentuk bulatan biru melambangkan ikatan perpaduan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.