PENUBUHAN

KUMEGA ditubuhkan di atas nama PERTUBUHAN BANGSA GAGAH BERSATU MALAYSIA pada 23 November 2012.  Nombor pendaftaran ROS: PPM-010-08-23112012

kumega_logo

Matlamat KUMEGA:

  1. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat
  2. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan
  3. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan

Keterangan Logo KUMEGA:

  1. Warna Hijau – mewakili Kaum Melayu
  2. Warna Merah – mewakili Kaum Cina
  3. Warna Ungu – mewakili Kaum India
  4. Warna Kuning – mewakili Kaum Pribumi dan Orang Asli

Bentuk bulatan biru melambangkan ikatan perpaduan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Misi KUMEGA

Melahirkan Bangsa Malaysia yang kukuh ekonomi dan utuh silaturrahim antara satu sama lain, serta berdikari dan menjadi model ikutan

Piagam KUMEGA

1. Bahawasanya semua kaum satu umat bersama orang-orang mukmin, Melayu , Cina, India dan lain-lain bangsa (yang bukan berugama Islam)yang menjadi Ahli Kumega bersama-sama orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dengan agama mereka, termasuk juga diri mereka sendiri begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka , termasuk juga diri mereka sendiri perkara ini juga untuk bukan kaum Buddha , Hindu, Kristian, Nasrani, free thinker,dan majusi ,yahudi sahaja.

2. Bahawa orang-orang dan semua kaum hendaklah membiayai Negara sepertimana orang-orang Islam juga hendaklah membiayai Negara.

3. Maka hendaklah mereka sama sama tolong menolong menentang sesiapa jua yg memerangi orang-orang yg menganggotai PIAGAM ini.

4. Maka hendaklah mereka saling nasihat menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan dosa.

5. Mana mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya.

6. Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yg dizalimi

7. Bahawa orang-orang Buddha , Hindu,Kristian,Nasrani Yahudi,Freethinker,hendaklah bersepakat dgn orang-orang Mukmin (Islam) selama mana mereka tidak berada dlm keadaan pergaduhan(perang).

8. Bahawa Negara (Malaysia) adalah terpelihara sepenuhnya dan tidak boleh dicerobohi oleh mana mana pihak yang menganggotai piagam ini.

9. Bahawa apa yang juga kemungkinan (bunuh) atau apa apa juga pertelingkahan di antara sesama peserta piagam ini sekiranya dikhuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan Rasulullah saw.

10. Bahawa tidaklah boleh diberi perlindungan kepada musuh begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

11. Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan Malaysia daripada mana-mana pihak yang mencerobohinya. Setiap pihak adalah berkewajipan memgambil bahagian masing-masing tentang satu satu pendamaian.

12. Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang orang zalim dan yang bersalah.

Aktiviti KUMEGA

  1. Membantu Ahli berniaga dengan menyediakan modal dan latihan
  2. Menyediakan platform untuk memasarkan produk-produk keluaran Ahli
  3. Menggalakkan sektor pertanian, penternakan, perusahaan IKS
  4. Mewujudkan sekolah-sekolah tahfiz yang mana pelajarnya bukan sahaja menghafaz al Quran, tetapi juga memahaminya